Teta Pergi Umrah

RM 10.00

Sinopsis Novel

“Dalam mengerjakan umrah, ada beberapa jenis tawaf. Tawaf Ifadah, iaitu tawaf yang menjadi rukun di dalam mengerjakan umrah.”

Ustaz Rahmat menerangkan kepada mereka yang hadir.

“Lepas tu ada Tawaf Qudum, iaitu tawaf selamat datang dan juga Tawaf Wida iaitu tawaf selamat tinggal...” Sambung lagi Ustaz Rahmat.

Teta mendengarnya dengan begitu tekun dan teruja sekali. Barulah dia tahu, tawaf sebenarnya ada tiga dalam mengerjakan umrah.

“Tapi sejak dahulu lagi ada lagi satu tawaf yang sudah ditokok tambah oleh jemaah yang mengerjakan umrah ini. Iaitu Tawaf Kidai...”

Tawaf Kidai? Aneh bunyinya. Sebelum sempat Teta bertanya pada umi apa itu Tawaf Kidai, Ustaz Rahmat sudah menyambung.

“Tawaf dari satu kedai ke satu kedai.”

Kata-kata Ustaz Rahmat itu disambut dengan gelak ketawa para hidirin. Ustaz Rahmat memang kelakar. Sebab itu apa yang diajar cepat sahaja masuk ke benak semua bakal jemaah.


Anda mungkin suka

Kombo A

RM55.00